Pertama kali Kay rasa nak berkongsi pengalam peribadi menggunakan penapis air Coway dan dalam masa yang sama mcm mana Kay buat pilihan untuk belian penapis air yang baru. Kalau korang Google, kemungkinan info yang korang dapat tak sepenuhnya… Dan apabila korang berurusan dengan agen, kemungkinan korang pun tak tau apa nak ditanya. Tq pada agen SK Magic Kay https://skmagicbestdeals.com/ , kerana melayan karenah Kay dengan sabar. So kat sini Kay kongsikan pengalaman Kay sbg pengguna Coway, dan mcm mana Kay buat bandingan antara model Cuckoo Dan Sk Magic.
Sebelum guna penapis air, Kay pun sama macam Mommy2 semua, masak air pakai cerek, dan lepas tu advance skit, beli la water heater. Masa ni dok kampung tak terasa sangat beza dia sbb pakai pun air telaga, bersih… Bila start dok kat Selangor ni, Ya ampun, terkejut lihat dalam water heater, lekat kuning2, kesan karat dan dlm botol air pun sama, ada mendapan kotoran dalam air.
Kat sini timbul kesedaran, untuk cari penapis air yang boleh tapis semua kotoran drp air. Maklum la, kami keja sendiri, kalau sakit, susahla, bukan gaji gomen. Jadi pejam la mata skit untuk dapatkan sumber air bersih untuk satu keluarga.
Perkongsian Kay mungkin panjang sedikit, hope korang bertabah la untuk baca sampai abis 😁. Kat sini Kay kongsikan tips sebelum buat belian penapis air.
PERHATIAN!! Perkongsian ni daripada pengalaman peribadi Kay, jadi harap jika agen2 kat luar sana jangan kencam ye. Kita tak burukkan mana-mana company. Yang ni pandangan Kay sbg pengguna. Tapi depend pada individu, sbb citarasa dan keperluan seseorang tak sama.
KUALITI AIR
Model pertama penapis air yang Kay beli ialah Coway. Kerana masa ni brand lain tak banyak dipasaran. Kay ingatkan semua model sama je air dia. Sehinggalah satu hari, kawan Kay dtg rumah. Kawan tanya, ‘ko pakai air RO ye?’… Kita pun terpinga2 tanya, apa tu air RO?. Dia pun citer la sambil rujuk kat Mr,Google.
Buat yang tak tau, Air RO ni umpama air mati, yang tiada apa2 kandungan mineral. Biasanya pesakit buah pinggang (dialisis) memang digalakkan minum air macam ni, untuk elakkan buah pinggang bekerja keras. Sebab tu ada salur air yang sentiasa keluar kat dalam sinki, tu air buangan daripada proses RO tersebut. Kita dok Selangor ni memang la rasa sedih lihat air dibuang, sbb sini kadang-kadang ada masalah air, bila tengok air keluar, jd pembaziran pula.
Lps kejadian tu baru tau yang air yg ditapis ni, banyak jenis rupanya. So bermula la Misi baru Kay, untuk cari penapis air baru, jenis Air Mineral.
Setelah dikaji, dalam list Kay ada 2 brand yang offer jenis Air Mineral, iaitu Cuckoo dan SK Magic Jiksoo.
SERVIS DAN TUKAR FILTER
Untuk model Coway Kay yang sblm ni, servis setiap 2 bulan sekali, tapi tukar filter setiap 6 bulan sekali. Beberapa tahun kebelakangan ni, mcm problem skit servis. Masa staf datang, banyak la luahan hati diaorang... Kay dengarkan je la, kita tak campur, yg kita kisah, sampai masa, mai la servsi, jangan nak tunggu kita bising2 baru nak arrangekan servis. Time terlebih rajin, tiba2 nak buat servis mengejut, kadang2 kita pun x der kat rumah time tu. Jadi bg la tau awal sehari dua, jangan main terjah je. Sbb benda kerap kali jadi, tu yang berani cakap. Lagi satu bab staf servis ni kita tengok nasib juga, sbb setiap company mestilah nak buat terbaik, tapi bila melibatkan attitude, susah nak cakap. Sbb setiap manusia macam-macam ragam.
Untuk Model Cuckoo servis setiap 4 bulan sekali, termasuk tukar filter. Setiap kali servis mereka akan sterilekan tangki penapis air tersebut. Hmmm macam menarik juga, untuk double protection.
Lps tu Kay pegi pada agen Sk Magic untuk tau apa yang ditawarkan. Servis Sk Magic setiap 2 bulan sekali, dan tukar filter setiap 4 bulan sekali. Mereka akan tukar 4 Part Utama setahun sekali. Tak kira rosak atau tak mereka akan gantikan. Wowwww bagi Kay ini lebih menarik, kita tak risau jika ada barang rosak sbb semua part akan diganti. Lepas tu Kay tanya, tak der ke fungsi sterile tangki mcm Cuckoo buat?
Agen Sk Magic bagi tau, semua model Sk Magic, setiap 12jam sekali akan ada UV Sterile dalam tangki untuk bunuh kuman. Jadi tak perlu tunggu waktu servis. Bagi Kay ni dah cukup menarik, kerana sepanjang Convid ni, Kay lihat ramai kawan2 yang pakai macam-macam brand merungut, dah lebih due servis. Tapi bagi Kay, jika mesin yang ada fungsi mcm ni, kita rasa lebih selamat, kerana, kalau filter terlebih due, kita masih ada protection, kerana dlm tangki tu sendiri sinar UV akan basmi kuman. Bukan itu sahaja, kat Muncung penapis air pun, ada UV Sterile, setiap 2 jam sekali selama 10 min. Untuk basmi kuman drp muncung penapis air.
TANGKI
Tangki Coway daripada plastik..hmmm, naper la tak perasan masa mula-mula beli dulu. huhuhu.. Tapi tak kisah la, sbb takkan dia bagi yang cikai-cikai kan, barang Korea kot, dan dah menang banyak award. Saiz tangki Coway memang besar. Masa Kay servey, memang tak der yang offer saiz mcm model Coway Kay.
Bila Kay tanyakan pada Agen Cucko dan Sk Magic, Mereka pakai jns stainless steel, sbb tu proses penyejukan dan pemanasan jauh lbh cepat dan dapat kekalkan suhu lbh lama. Mereka bg tau yang saiz tank jangan risau, sbb sistem refill mereka laju. Tak akan terputus bekalan air. Ambil segelas, terus refill…
Fuhh lega Kay dengar. Sbb kalau model Coway yang Kay pakai, jika abis air dalam tank, bercinta nak tunggu air tu penuh. Kalau abis air, memang tak leh nak ambil air, kena tunggu dia refill dulu, makan masa.
Owh satu lagi kalau Sk Magic Jiksoo, harga model tankless/ tanpa tangki jauh lebih murah daripada brand Cuckoo. Model tankless ni sangat best, sbb blh ambil unlimeted semua suhu. Cuma Kay tak blh ambil sebab kawasan Kay kerap ada masalah air. Jadi nak tak nak, kena ambil yang ada tangki juga😌.
KESIMPULAN
Disebabkan Kay memang nak tukar model Air Mineral, daripada survey dan pengalaman sedia ada, memang Kay tolak siap2 model Coway, walaupun coway ada juga model yang ada Air Mineral seperti Model Kecil, tapi lps tanya kakak Kay yang pakai, dia cakap air panas tak der masalah sbb tankless, tapi air sejuk dia, makan masa untuk proses penyejukan. Last2 akak Kay tetap kena simpan air dalam peti ais.
Cuckoo plan dia memang best, tapi untuk tangki yang ada fungsi sterile hanya model Icon, cuma yang tak best, seminggu sekali dia akan sterilekan tangki, dan dia akan buangkan air sedia ada dalam tangki untuk sterile, jd mcm ada juga pembaziran air.
Lepas kami fikir-fikir, kami sepakat untuk ambil model Sk Magic Wiz C. Kerana:
👉 Jenis ni ada tangki, harga mampu milik untuk keluarga yang berpendapatan sederhana macam kami.
👉Kualiti Air mineral
👉Harga sblm promosi RM105, tapi bulan ni promosi 5 tahun RM85. Model Icon Cuckoo RM113.
👉Saiz tangki besar ( 4.8 liter sejuk & 1.65 liter panas) berbanding semua model Cuckoo.
👉Tangki dia lengkap dengan UV sterile setiap 12jam sekali, dan ada UV Sterile water tab setiap 2jam sekali. (Cuckoo dan Coway tiada fungsi ni!!)
👉Servis setiap 2 bulan sekali, dan tukar filter setiap 4 bulan sekali. (Cuckoo servis dan tukar filter 4 bln sekali)
👉Setahun sekali mereka akan tukar 4 komponen (Cuckoo dan Coway tiada tukar part)
👉Proses belian mudah, lps agen keyin detail, Kay dapat link untuk buat payment. Yang ni korang jangan risau, agen akan tolong korang.
Masa beli ni kami dapat PERCUMA FUCET, kalau tak harga yang ni RM180 kalau beli asing. Memang cantik, kemas je. Jadi tak la nak ambil air room temperature daripada paip sinki. Mudah nak buat masak atau cuci beras / sayur juga. Yang ni Coway tak der dan Cuckoo punya ada berikan, tapi kena bayar RM35 tak silap... Tapi jenis biasa yang sambung kat muncung paip air. Dimata Kay nampak tak berapa kemas, dan pernah pakai rumah kawan, ketat skit bila kita nak tukar2 air.
Freegift untuk promosi model yang Kay beli
Kay pun tak pasti sampai bila promosi yang ni, tapi yang pasti, tq pada Agen Kay yang sanggup layan karenah Kay. Servis memang tip top dan ada banyak pengalaman. Kalau korang nak buat belian atau nak tanya pasal Sk Magic, blh klik link ni:
Korang cakap je nama Kay, mesti dia kenal punya, dan akan dapat extra gift lagi hehehe.
Semoga perkongsian Kay ni dapat bantu korang yang mana tengah cari penapis air. Love u all..muahhsss
Tq!
ReplyDeleteTerima kasih di atas review anda....terbaikkk
ReplyDeleteSaya pun amik sama macam kay. Tp sy punya lagi murah. RM 59 sebulan. Sebab ada promosi sekarang
ReplyDeleteAkak pun terfikir nak tkr jgk ni yg RM59, sbb dah hbs byr Ombak Coway, nak kena byr 700-800 sethn utk servis
Deleteboleh wasap saya puan kalau mahu pakai penapis sk magic 0145311412
DeleteX bzir letrik ke sbb dia dok sterile stiap 2 jam tu kak kay?
ReplyDeleteso far ok je, kenaikan bil letrik tak sampai rm30 sebulan
Deletethanks awak. good sharing & guidance untuk 1st timer macam saya.
ReplyDeletealhamdulillah
Deleteboleh tanya tak kalau selepas tutup air takkan sejuk ka
ReplyDeletekalau tutup air, hanya air yg ada dalam tangki yg blh guna, akan sejuk mcm biasa, bila dah abis, tak der air masuk sbb dah tutup. biasa kita tak tutup air, kecuali jika ada masalah air, memang kita off mesin, sbg langkah berjaga2.
DeletePada saya penapis air apa pun bagus bergantung pada cara penggunaan dan kemampuan. Coway dah lama di Malaysia. Dah ada R&D department. Tak kan mereka tak buat ujikaji dan ujian untuk menambaik produk produk yang dikeluarkan. Kita sebagai pengguna kenalah faham situasi dan keadaan air serta kawasan sekeliling kita dan kemampuan kita.
ReplyDeleteNice review puan. Saya pun dah guna penapis air ni. Boleh tengok article ni untuk info lagi pasal penapis air https://noratiqah22.blogspot.com/2022/06/10-penapis-air-popular-di-malaysia.html
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian info yang sangat membantu 😊 Boleh rujuk artikel ni juga kalau nak survey penapis air dulu https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/06/penapis-air-komersial-terbaik-di.html
ReplyDeleteBagus review ni. Terima kasih ya
ReplyDeleteProduk sk magic ada cert dari WQA tak?
ReplyDeleteSangat membantu.. tq
ReplyDeleteSk magic ni agak bagus tp tiap tahun kena tukar motor rm100++ ni Kali kedua Rosak kena plk time raya problem betui. Ada solution apa2 x
ReplyDelete